Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    PM Jepun lantik menteri dalam negeri baharu

    TOKYO, 21 NOV – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida hari ini melantik bekas Menteri Luar, Takeaki Matsumoto sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu.

    Matsumoto mengambil alih jawatan daripada Minoru Terada yang dipecat kerana terpalit dengan skandal pembiayaan politik, lapor Xinhua.

    Pemecatan Terada menjadi menteri ketiga dipecat dalam tempoh kurang sebulan dan berlaku di tengah-tengah kemerosotan sokongan rakyat terhadap Kabinet Kishida.

    Terada didakwa telah membuat laporan palsu mengenai perbelanjaan sebanyak satu juta yen (kira-kira AS$7,000) berkaitan pilihan raya dewan rakyat tahun lalu.

    Parti pembangkang lantang mengkritik dan menggesa Terada dipecat kerana kedudukannya sebagai menteri dalam negeri dan komunikasi melibatkan beliau mengendalikan dana politik dan isu pilihan raya.

    Sementara itu, Matsumoto, 63, menyertai Parti Demokratik Liberal pada 2017 selepas meninggalkan Parti Demokrat Jepun pada 2015, beliau berkhidmat sebagai menteri luar ketika parti itu berkuasa antara 2009 dan 2012.

    Berasal dari Tokyo beliau ialah Ahli Parlimen Dewan Rakyat selama lapan penggal.

    Kawasan pilihan rayanya terletak di wilayah Hyogo barat Jepun. – Bernama

    Takeaki Matsumoto (tengah) dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri baharu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...