PM Jepun lawat loji Fukushima

TOKYO, 14 April – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini melawat loji nuklear Fukushima, yang mengalami kecairan akibat tsunami lapan tahun lalu, dalam usaha untuk menekankan pemulihan dan keselamatan ketika negara itu bersedia untuk menghoskan Sukan Olimpik 2020.

Lawatan daripada Abe, yang kali terakhir mengunjungi loji Dai-ichi Fukushima lima tahun lalu, yang dilihat sebagai kawalan kerosakan selepas Yoshitaka Sakurada, menteri parti pemerintah yang menyelia Olimpik, meletak jawatan berhubung ucapan yang jelasnya mengecil-ngecilkan pembinaan semula di timur laut Jepun.

“Dasar am kita adalah setiap menteri adalah menteri pembinaan semula,” kata Abe semasa lawatan itu.

“Kami mengesahkan semula komitmen kami untuk memulihkan semula Fukushima dan timur laut Jepun.”

Abe memakai sut ketika beliau meninjau sekitar loji itu – berbanding memakai topeng dan sut khas yang dipakai pengunjung lima tahun lalu di sana – mencerminkan kemajuan pembersihan di sekitar loji tersebut.

Dia juga meninjau kemudahan bola sepak digelar J-Village, yang dikhaskan sementara sebagai tempat pekerja berurusan dengan kemalangan loji.

Awal pagi ini, Abe turut melawat Okuma, salah satu dari dua bandar yang menempatkan loji itu, di mana arahan pemindahan telah dibatalkan sebahagiannya awal bulan ini.

Kerajaan telah melaksanakan usaha dekontaminasi untuk menurunkan paras radiasi di rantau itu. Loji itu yang dioperasi oleh Syarikat Tokyo Electric Power telah ditamatkan khidmatnya. Utiliti itu berkata ia akan mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 tahun. – AP

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika melawat loji tenaga nuklear Dai-ichi Fukushima di Okuma, Wilayah Fukushima, Jepun pada 14 April. – AP