PM Jepun peruntukan bilion bagi rantau dilanda banjir

TOKYO, 13 JULAI – Jepun akan memperuntukkan AS$3.7 bilion bagi pemulihan rantau-rantau yang dilanda banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan kira-kira 72 orang, kata perdana menteri hari ini.

Hujan berterusan bermula awal bulan ini di barat daya Kyushu dan kemudian membadai tengah Jepun sehingga mencetuskan arahan pemindahan bagi ratusan ribu orang.

Semasa lawatan ke rantau Kumamoto yang teruk terjejas, Perdana Menteri Shinzo Abe berkata kerajaan akan ‘memperuntukkan bajet melebihi 400 bilion yen (AS$3.7 bilion)’ bagi usaha pemulihan.

“Kami akan melakukan segala yang boleh,” katanya sambil mendoakan 14 mangsa korban banjir. – AFP