PM, kabinet kuwait letak jawatan

BANDAR KUWAIT, 14 NOV – Perdana menteri Kuwait mengemukakan peletakan jawatannya hari ini bersama dengan kabinetnya, kata pegawai, di tengah-tengah perselisihan antara menteri dan kritikan terhadap prestasi mereka.

Perdana Menteri Sheikh Jaber Mubarak Al-Sabah “mengemukakan peletakan jawatan kabinet kepada emir… untuk membolehkan rombakan kabinet,” jurucakap kerajaan Tareq al-Mazrem berkata dalam kenyataan.

Menteri Kewangan Nayef al-Hajraf dan Menteri Kerja Raya Jenan Bushehri meletak jawatan bulan ini, dengan kedua-duanya dipecat kerana dipercayai menyalahgunakan portfolio mereka dan menggunaka dana awam.

Pada Selasa, parlimen jua menyiasat Menteri Dalam Negeri Sheikh Khaled al-Jarrah Al-Sabah, ahli keluarga pemerintah, atas tuduhan yang sama.

Ahli Parlimen Bebas Saleh Ashour memberitahu AFP bahawa selain krtikan-kritikan itu, pertikaian antara menteri berhubung komposisi kabinet juga mencetuskan peletakan jawatan.

Jurucakap parlimen Marzouk al-Ghanem memberitahu wartawan hari ini “sekumpulan besar anggota parlimen percaya bahawa masalah itu terletak pada pasukan kerajaan kerana ia tidak homogen.”

Kuwait adalah satu-satunya negara Teluk yang memilih parlimen sepenuhnya dan kerajaan dikawal oleh keluarga pemerintah. Negara kaya dengan minyak itu telah digegarkan dengan pertikaian politik di antara penggubal undang-undang dan kerajaan selama satu dekad, dengan parlimen dan kabinet dibubarkan beberapa kali.

Demonstrasi yang diadakan di luar parlimen Kuwait berhubung dakwaan rasuah berleluasa mengingatkan bahawa krisis masa lalu yang mencemarkan kehidupan politik di negara ini. – AFP

Gambar fail, Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Mubarak Al-Sabah tiba untuk menghadiri sesi Parlimen Perhimpunan Kebangsaan Kuwait, di Kuwait. – AFP