PM Kemboja arah bebas anggota pembangkang

PHNOM PENH, 14 NOV – Pemimpin Kemboja Hun Sen mengarahkan pembebasan puluhan penentang dan aktivis hari ini yang pihak berkuasa dakwa membantu ketua pesaingnya dalam rancangan rampasan kuasa.

Penangkapan itu berkaitan dengan percubaan oleh ketua pembangkang Sam Rainsy untuk kembali ke negara asal dari Perancis, di mana dia menetap di sana sejak 2015 untuk mengelak dipenjara atas sabitan yang dikatakannya bermotifkan politik.

Hun Sen telah menghantar waran tangkapan bagi Rainsy kepada negara-negara jiran menjelang rancangan kepulangannya pada 9 November.

Pemimpin Kemboja juga mening-katkan keselamatan di sempadan penyeberangan Thailand dan kerajaannya berkata mereka menganggap kepulangan Rainsy sebagai ‘percubaan rampasan kuasa’.

“Rancangan (rampasan kuasa) itu mempunyai niat jahat, namun orang ramai tidak akan menyertainya,” kata Hun Sen hari ini, yang memerintah Kemboja sejak 1985.

Katanya, lebih 70 aktivis pembangkang akan dibebaskan atas ikat jamin ‘demi perpaduan negara’, menambah bahawa mereka telah ditipu oleh Rainsy. – AFP

Sam Rainsy (kiri) meninggalkan hotel ketika hendak ke pejabat suruhanjaya hak asasi kemanusiaan Indonesia di Jakarta pada 14 November. – AFP