PM Kemboja disuntik dos pertama vaksin COVID-19

PHNOM PENH, 4 MAC – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan isterinya, Bun Rany hari ini menerima dos pertama vaksin AstraZeneca COVID-19 di Hospital Calmette.

Ketika bercakap pada sidang media selepas suntikan, Hun Sen, 68, mengatakan negara itu setakat ini menggunakan dua jenis vaksin COVID-19 untuk menginokulasi rakyatnya, vaksin Sinopharm yang disumbangkan China dan AstraZeneca yang diagihkan oleh Kemudahan COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kemboja melancarkan kempen vaksinasi anti-COVID-19 pada 10 Februari selepas menerima kumpulan pertama vaksin Sinopharm dari China. – Xinhua