Thursday, September 29, 2022
31.9 C
Brunei

PM Kemboja gesa penduduk ambil dos penggalak

-

PHNOM PENH, 24 APRIL – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini menggesa penduduknya untuk menerima dos penggalak vaksin COVID, menekankan suntikan itu adalah perlu untuk memperkukuhkan imuniti mereka menentang penyakit mudah berjangkit itu.

Negara Asia Tenggara telah melancarkan kempen vaksinasi negara menentang penyakit itu pada Februari 2021, dengan China menjadi pembekal penting vaksinnya.

Setakat ini, 14.88 juta orang atau 93 peratus daripada keseluruhan 16 juta penduduk negara itu, telah mendapatkan satu suntikan, kata Kementerian Kesihatan, menambah bahawa 14.14 juta atau 88 peratus, telah sepenuhnya divaksinasi dengan dua dos.

Juga, kira-kira 8.22 juta atau 51 peratus, telah mendapatkan dos ketiga dan 1.36 juta atau 8.5 peratus, sudah mendapatkan dos keempat.

Hun Sen berkata semua warga Kemboja yang layak perlu mendapatkan kira-kira tiga dos suntikan untuk memperkuatkan imuniti mereka dan menasihatkan pihak berkuasa kesihatan untuk fokus pada kempen vaksinasi mereka terhadap pekerja kilang pakaian, pembinaan, penjual pasar raya dan pelajar.

“Saya ingin merayu kepada semua penduduk di Kemboja untuk mendapatkan dos ketiga mereka….untuk memperkukuhkan kelompok imuniti dan memastikan pembukaan semula negara kita tidak akan menyaksikan sebarang kegagalan,” katanya dalam mesej audio yang disiarkan kepada umum.

Kemboja sepenuhnya telah menyambung semula aktiviti sosioekonomi mereka dan membuka semula sempadannya kepada para pengunjung yang sudah bervaksinasi tanpa perlu menjalani kuarantin sejak November lalu.

Perdana menteri berkata disebabkan keberkesanan vaksin, Kemboja tidak melihat sebarang tanda kebangkitan semula COVID selepas kerajaan meraikan tahun baharunya bermula 14 hingga 16 April, semasa sekitar 4.6 juta pelancong membuat perjalanan seluruh negara itu. – Xinhua

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -