PM Lubnan bentuk kabinet krisis

BEIRUT, 2 SEPT – Perdana Menteri Lubnan, Mustapha Adib memulakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan krisis hari ini, di bawah tekanan Perancis untuk menyelesaikan isu tersebut dalam tempoh dua minggu untuk meneruskan dengan pembaharuan yang amat diperlukan.

Rundingan diadakan selepas lawatan berprofil tinggi oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron di mana beliau berkata pemimpin politik telah bersetuju untuk mengadakan pembaharuan selepas letupan dahsyat bulan lalu yang telah memusnahkan pelabuhan Beirut.

“Semasa saya meninggalkan Beirut, saya ingin berkata sekali lagi dengan penuh yakin: Saya tidak akan meninggalkan kamu,” kata Macron dalam kenyataan ketika beliau berlepas pulang hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah meletak jawatan ketika berdepan kemarahan awam berhubung letupan pada 4 Ogos lalu yang telah membunuh sekurang-kurangnya 188 orang, mencederakan ribuan yang lain dan memusnahkan seluruh ibu negara.

Pembentukan kerajaan biasanya proses berkekalan di Lubnan di mana sistem politik yang rumit berusaha berkongsi kuasa di antara beberapa kumpulan agama berlainan. – AFP