Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Lubnan rayu bantuan komuniti antarabangsa

    BEIRUT, 6 JULAI – Perdana Menteri Lubnan hari ini merayu kepada komuniti antarabangsa supaya menyelamatkan negaranya daripada ‘kehancuran’ ketika pelbagai krisis mencecah tahap runcing dalam negara.

    Rayuan Hassan Diab dibuat ketika beliau bercakap kepada diplomat di Lubnan, di mana ahli politik gagal mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu, hampir setahun selepas kabinet Diab meletak jawatan. Kerajaannya telah bertindak berdasarkan kapasiti pentadbiran sementara sejak Ogos 2020, apabila beliau meletak jawatan selepas letupan di Pelabuhan Beirut yang memburukkan lagi krisis negara.

    Diab menggesa negara supaya menghulurkan bantuan meskipun kekurangan kerajaan baharu, berkata menghubungkan bantuan kepada pembaharuan sistem korup telah menjadi ‘satu ancaman kepada kehidupan warga Lubnan’ dan kepada kestabilan negara.

    “Saya merayu menerusi anda semua, raja, putera, presiden dan pemimpin negara, dan saya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua badan antarabangsa, komuniti antarabangsa dan orang awam supaya membantu menyelamatkan penduduk Lubnan daripada kehancuran Lubnan,” beritahunya kepada diplomat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda