Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PM Malaysia berlepas meninggalkan Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Muhaini Zainal Abidin serta rombongan, petang ini, berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari.

    Sebelum menaiki pesawat khas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melintasi perbarisan kawalan statik yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku menteri pengiring dan datin; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan datin; pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei dan isteri; dan juga pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta isteri.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan datin hadir bagi mengucapkan selamat belayar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan isteri.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...