Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    PM M’sia adakan lawatan rasmi ke Singapura

    KUALA LUMPUR, 29 JAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura esok (30 Januari) atas jemputan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

    Lawatan ini merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Singapura selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

    Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Anwar akan bertemu pemimpin-pemimpin Singapura termasuk Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee.

    “Kedua-dua perdana menteri juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mempromosikan Kerjasama dalam Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.

    Anwar juga akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura.

    “Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura sebagai jiran rapat serta negara anggota ASEAN, termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.

    “Lawatan ini juga akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk meneroka peluang kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut Wisma Putra. Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri Program Sambutan Hari Ponggal 2023 Peringkat Parlimen Tambun, kelmarin. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura atas jemputan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...