Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    PM M’sia jumpa Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan BAM

    KUALA LUMPUR, 27 JAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia.

    Pada pertemuan di Perdana Putra pada tengah hari tadi, BAM diwakili Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Timbalan Presiden 1, Datuk V Subramaniam and Timbalan Presiden 2, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

    Turut hadir dalam pertemuan itu ialah pemain perseorangan wanita negara dan bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei.

    “Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton Malaysia terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” kata Ismail Sabri menerusi catatan di laman Facebook rasminya.

    Sementara itu, Isu penggantungan selama dua tahun bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei semakin hampir ke penghujungnya.

    Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh memberi bayangan isu tersebut akan diselesaikan dengan segera, selepas menerima rayuan Jin Wei. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...