Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Norway lawat China, sebahagian pemulihan hubungan

    BEIJING, 7 April – Perdana Menteri Norway memulakan lawatan ke China hari ini sebagai sebahagian daripada pemulihan kontrak penuh antara kedua-dua buah negara, lebih enam tahun selepas Beijing membekukan Oslo berhubung penganugerahan Anugerah Nobel Peace kepada penentang China yang dipenjarakan.

    Berikutan upacara mengalu-alukan kedatangan hari ini, Erna Solberg telah diberitahu oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang bahawa, “Lawatan anda melambangkan pemulihan hubungan China-Norway.”

    Solberg, yang ditemani oleh Menteri Luar Negeri Borge Brende dan delegasi perdagangan, menjawab bahawa proses pemulihan akan membantu kedua-dua negara ‘menemui bidang-bidang kepentingan yang dikongsi untuk diusahakan bersama’. Pada 2010, jawatankuasa Nobel Norway telah menganugerahkan hadiah Nobel kepada penentang Liu Xiaobo, suatu tindakan yang membuatkan China berang. – AP

    Perdana Menteri Erna Solberg dan Perdana Menteri Li Keqiang ketika menghadiri majlis penandatangan di Great Hall of People di Beijing pada 7 April. – AFP
    Perdana Menteri Erna Solberg dan Perdana Menteri Li Keqiang ketika menghadiri majlis penandatangan di Great Hall of People di Beijing pada 7 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda