PM NZ mahu rakyat taruh kepercayaan

WELLINGTON, 22 SEPT – Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyeru warga New Zealand untuk menaruh kepercayaan terhadapnya menangani tindak balas COVID-19 hari ini, selepas tinjauan undian menunjukkan dia berada di posisi hadapan menjelang pilihan raya umum pada 17 Oktober.

Dalam debat yang disiarkan secara langsung sebelum undian, Ardern berkata dia berusaha untuk mengehadkan penularan virus di mana setakat ini mencatat 25 kes kematian dalam keramaian penduduk lima juta orang.

“Saya mengetahui terdapat ketidaktentuan yang besar. Oleh sebab itu membuat rancangan adalah suatu keperluan, jadi kekal optimis, itu yang apa parti Buruh akan berikan,” katanya.

Judith Collins, yang mengetuai parti pembangkang Nasional, berkata kerajaan Ardern gagal untuk menutup sempadan New Zealand.

Kiraan undi dari TVNZ/Colmar Brunton yang mencatatkan parti Buruh pimpinan Ardern mencatat 48 peratus, kurang dari rekod 59 peratus semasa pertengahan Mei tetapi cukup untuk mengekalkan penguasaannya dengan sokongan parti kecil.

Parti konservatif Nasional mencatat 31 peratus, turun satu peratus, sementara banyak parti kecil menunjukkan sokongan yang semakin bertambah.

Sokongan Ardern sebagai perdana menteri pilihan pada 54 peratus, sementara pencabar terdekatnya Collins merosot dua mata kepada 18 peratus sejak undian terakhir pada Julai lalu.

Ardern, 40, meningkat dari ketidakpastian politik untuk memenangi pilihan raya sebelum ini pada 2017 dengan sokongan gabungan parti kecil. – AFP

Gambar fail Perdana menteri New Zealand, Jacinda Ardem ketika berucap dalam pilihan raya di mana Parti Buruh mencatat 48 peratus undian. – AP