PARIS, 11 JULAI – Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne berdepan undi tidak percaya pertamanya dalam parlimen hari ini yang disokong oleh pihak pembangkang.
Usul dari parti France Unbowed akan dibincangkan dari jam 4 petang waktu tempatan tetapi ia tidak dijangka akan diluluskan.
Borne adalah ketua bagi kerajaan minoriti, menjadikannya lebih mudah terdedah dengan undian seperti itu, tetapi parti pembangkang lain telah menolak inisiatif untuk menjatuhkannya.
Beliau telah dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron pada Mei lalu, sebulan sebelum pilihan raya parlimen yang mana parti berhaluan tengah kehilangan majoriti undiannya.
“Kami tidak akan menerima seseorang untuk memegang kuasa di negara ini dengan hanya menerima satu-satunya pengiktirafan mereka daripada presiden,” kata penggubal undang-undang LFI, Alexis Corbiere kepada saluran Public Senat, hari ini.
Tokoh parti pemerintah, Aurore Berga melihat ada ‘kebaikan’ dalam undian tersebut, yang boleh mengklasifikasikan kedudukan kesemua parti dalam penubuhan parlimen baharu.
LFI dan rakan sekutunya adalah parti minoriti dalam barisan nasional, iaitu kumpulan minoriti yang ingin menyekat beberapa perkara, yang ingin menghentikan perdana menteri daripada menyatakan dirinya, tetapi mereka adalah minoriti,” katanya pada saluran CNews.
Borne, 61, telah menjelaskan dia berhasrat untuk bergantung pada undian parti pembangkang dalam meluluskan undang-undang, dengan parti Republikan itu dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk masa depannya.
Sementara itu, menerima sokongan daripada 62 ahli parlimen Republikan sudah mencukupi untuk kerajaan meluluskan perundangan. – AFP