Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    PM Perancis tolak rundingan had umur persaraan

    PARIS, 29 JAN – Perdana menteri Perancis hari ini enggan menarik balik rancangan untuk menaikkan umur persaraan ketika kesatuan sekerja bersedia untuk satu lagi protes besar-besaran terhadap pembaharuan yang diperdebatkan.

    Peningkatan umur persaraan minimum kepada 64 tahun daripada 62 tahun sekarang adalah sebahagian daripada pakej pembaharuan utama yang didorong oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk memastikan pembiayaan masa depan sistem pencen terjamin.

    Selepas bantahan kesatuan sekerja terhadap perubahan yang membawa lebih sejuta orang ke jalan raya pada 19 Januari, kerajaan memberi isyarat bahawa terdapat sedikit ruang untuk rundingan, termasuk bilangan tahun caruman yang diperlukan untuk melayakkan diri untuk pencen penuh, tawaran istimewa bagi mereka yang mula bekerja pada umur yang sangat muda, dan peruntukan untuk ibu yang terjejas kerjaya mereka demi menjaga anak-anak.

    Namun tajuk utama had umur 64 tahun tidak dibincangkan, kata Perdana Menteri, Elisabeth Borne hari ini.

    “Perkara ini kini tidak boleh dirunding,” katanya kepada penyiar, FranceInfo. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Januari menunjukkan penunjuk perasaan berarak sambil memegang sepanduk bertulis, “Ya, pencen saya akan mempertahankan pencen awda,” semasa perhimpunan oleh parti berhaluan kiri, La France Insoumise (LFI) dan pertubuhan belia di Paris. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...