BANGKOK, 16 Jan – Perdana Menteri Jen Prayut Chan-O-cha akan melawat kawasan terjejas banjir di Selatan Thailand minggu depan setelah Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat di wilayah itu beberapa hari akan datang.
Amaran itu membimbangkan ramai penduduk yang baru sahaja mengalami banjir paling teruk kebelakangan ini.
“Saya rancang melawat kawasan berkenaan minggu depan, kerana saya tidak mahu menjadi beban kepada rakyat (jika melakukan lawatan minggu ini semasa timbul amaran lebih banyak hujan),” katanya kepada pemberita. – Bernama