Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Singapura akan serah kepimpinan sebelum PRU 2025

    SINGAPURA, 5 NOV – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada generasi muda pemimpin sebelum pilihan raya umum (PRU) 2025.

    Lee, 71, telah merancang untuk berundur menjelang 2022, sebelum hari jadinya yang ke-70, dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada timbalannya, Lawrence Wong.

    Tetapi ia ditangguhkan kerana Lee berkata beliau perlu memimpin Singapura melalui krisis koronavirus.

    Dalam ucapan kepada ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya hari ini, Lee berkata Wong dan pasukannya telah mendapat dorongan semasa wabak dan ‘tidak ada sebab untuk menangguhkan peralihan politik’.

    “Oleh itu, saya berhasrat untuk menye-rahkan kuasa kepada TPM Lawrence sebelum PRU akan datang,” kata Lee.

    “Selepas itu, saya akan berada di tangan PM baharu. Saya akan pergi ke mana sahaja yang dia fikir saya boleh berguna. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu beliau dan pasukannya berjuang dan memenangi PRU akan datang,” katanya.

    Lee, yang menjadi perdana menteri se-jak 2004, tidak menyatakan dengan tepat bila beliau akan menyerahkan kuasa kepada Wong, 50, menteri kewangan pada masa ini.

    “Jika semuanya berjalan lancar, saya akan menyerahkannya menjelang ulang tahun ke-70 PAP tahun depan,” kata Lee, merujuk kepada ulang tahun penubuhan parti itu pada November 2024. – AFP

    Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghadiri mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh di Pejabat Kerajaan di Hanoi pada 28 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda