Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Singapura kecewa dengan adik-beradiknya

    SINGAPURA, 14 Jun – Satu perbalahan dalam kalangan anak-anak mendiang pengasas Singapura Lee Kuan Yew bertambah buruk hari ini apabila dua daripadanya menuduh abang mereka yang menjawat jawatan perdana menteri Singapura menggunakan “kuasa kerajaan” menentang mereka dan mempersiapkan anak lelakinya untuk mengambil satu peranan politik di bandar negeri yang dikawal ketat itu.

    Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peribadi keluarga.

    “Saya amat sedih dengan dakwaan yang telah dibuat mereka. Ho Ching dan saya menafikan dakwaan ini, terutamanya dakwaan yang tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    “Walaupun adik-beradik mungkin mempunyai perbezaan, saya percaya perbezaan itu sepatutnya disimpan dalam kalangan keluarga. Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga, bagi menghormati ibu bapa kita,” katanya. – Bernama/AP

    Lee Hsien Long kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh adik-beradiknya berkaitan hal peribadi keluarga. - AFP
    Lee Hsien Long kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh adik-beradiknya berkaitan hal peribadi keluarga. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda