Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

PM Solomon ikrar kekal berkuasa

-

HONIARA, 28 NOV – Perdana menteri Pulau Solomon yang dilanda rusuhan menentang tekanan untuk meletak jawatan hari ini, mengatakan gelombang pembakaran dan penjarahan yang melanda bandar telah dilakukan oleh beberapa orang yang ‘berniat jahat’ untuk menggulingkannya.

Pecahan kaca dan runtuhan masih lagi bertaburan di jalan-jalan Honiara ketika Perdana Menteri Manasseh Sogavare memberi ucapan kepada negara, satu peringatan kepada kekacauan yang disalahkan sebahagiannya ke atas kemiskinan, kebuluran dan kekecewaan dengan dasarnya.

“Sudah jelas peristiwa baru-baru ini telah dirancang dan dilakukan untuk menyingkirkan saya sebagai perdana menteri bagi sebab tidak berasas,” kata Sogavare, selepas tempoh berkurung waktu malam dan hampir 150 pengaman asing dari Australia dan Papua New Guinea membantu untuk memulihkan semula ketenangan pada hujung minggu.

“Saya mahu menunjukkan kepada negara yang kerajaan sepenuhnya teguh dan tidak akan ada yang menjejas kami. Kita harus dan tidak akan tunduk kepada tujuan jahat sebilangan orang,” kata Sogavare. – AFP

Penduduk Solomon membersihkan sampah-sarap di jalanan Chinatown, Honiara pada 28 November. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -