PM Sudan terselamat daripada serangan bom

KHARTOUM, 9 MAC – Perdana Menteri Sudan, Abdulla Hamdok terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas konvoi kenderaannya diserang, lapor agensi berita Anadolu memetik pasukan keselamatan hari ini.

Bom yang diletakkan di tepi jalan meletup ketika konvoi kenderaan perdana menteri itu melintasi jambatan Kober.

Jambatan itu menghubungkan utara ibu negara Khartoum dengan pusat bandar, kata saksi. Tiada kecederaan dilaporkan tetapi beberapa kenderaan dalam konvoi berkenaan rosak. – Bernama

Polis Sudan mengawal kawasan yang terlibat dengan letupan yang disasarkan ke atas Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok di Khartoum. – AP