PM Thai seru sidang khas parlimen

BANGKOK, 19 OKT – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, hari ini menyeru bagi sidang khas Parlimen, ketika penunjuk perasaan merancang lebih banyak demonstrasi.

Desakan supaya beliau meletak jawatan, tuntutan pembaharuan sistem monarki dan pembebasan aktivis yang dipenjarakan semakin lantang sejak tunjuk perasaan bermula minggu lalu.

Demonstrasi yang hanya bermula dengan 10,000 orang berkumpul di Bangkok, kini mencecah 20,000, kebanyakannya belia dan remaja, meskipun negara itu mengisytiharkan darurat dan larangan bagi perhimpunan melebihi empat orang Khamis lalu.

Selain Bangkok, kumpulan aktivis yang lebih kecil turut mengadakan tunjuk perasaan di serata Thailand dari Phuket di selatan hingga ke Khon Kaen di timur laut dan semakin mendapat sokongan.

Ketika penunjuk perasaan bersiap lagi untuk berhimpun hari ini, Prayut mengumumkan sidang khas parlimen perlu diadakan membincangkan usaha meredakan ketegangan.

“Kami mengalu-alukan sidang tergempar untuk menyelesaikan konflik ini. – AFP