PM UK berdepan undi tidak percaya

LONDON, 6 JUN – Perdana Menteri Britain Boris Johnson bakal berdepan undi tidak percaya, umum pengerusi Jawatankuasa 1922 parti Tory, Sir Graham Bradley.

Bradley berkata undi tidak percaya itu akan diadakan petang ini antara 6 petang dan 8 malam, keputusan akan diumumkan sejurus selepas itu, lapor agensi Anadolu.

Andai Johnson gagal dalam undi tidak percaya itu, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pertandingan untuk melantik kepimpinan baharu akan bermula serta-merta. 

Johnson menerima kritikan hebat selama berbulan-bulan susulan ramai pihak rasa tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya.

Johnson yang memenangi pilihan raya pada Disember 2019, bertegas bahawa beliau enggan meletak jawatan.

Perdana menteri Britain itu dijangka akan memberikan ucapan kepada ahli parlimen sebelum undian.- AFP/Bernama

Boris Johnson bakal berdepan undi tidak percaya yang akan diadakan petang ini antara 6 petang dan 8 malam. – AP