PM UK saran ambil vaksin untuk Krismas

LONDON, 24 DIS – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam ucapan sambutan Krismas hari ini, menasihatkan penduduk United Kingdom (UK) untuk mendapatkan suntikan sebagai hadiah ‘indah’ negara semasa peningkatan kes.

Johnson berkata hanya tinggal sedikit masa untuk membeli hadiah, “masih ada perkara yang indah dapat diberikan kepada keluarga dan juga negara, dan itu adalah mendapatkan suntikan, tidak mengira suntikan pertama atau kedua, atau suntikan penggalak.”

Perdana Menteri itu enggan melaksanakan sekatan keras semasa cuti Krismas di England walaupun kes direkodkan melonjak naik disebabkan varian Omicron.

Fokus beliau adalah untuk menawarkan suntikan penggalak kepada semua orang dewasa sehingga penghujung tahun ini.

Beliau sudah ambil maklum bahawa, “Selepas dua tahun menghadapi pandemik ini, saya tidak dapat katakan kita berjaya mengharunginya”, apabila UK telah mencatatkan rekod baharu dengan 120,000 kes dalam 24 jam kelmarin.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam mesej sambutan Krismas hari ini menasihatkan penduduk UK untuk mendapatkan suntikan sebagai hadiah ‘indah’ negara semasa lonjakan kes varian Omicron. – AP

Tahun lalu, Johnson telah melak-sanakan perintah berada di rumah pada 19 Disember untuk London dan kawasan tenggara England, mengakibatkan berjuta penduduk terpaksa menukar rancangan Krismas mereka.

Tahun ini, beliau telah memilih untuk tidak mengetatkan undang-undang, ujarnya menerusi pesanan, ”Untuk jutaan keluarga yang jatuh dan bangkit di negara ini, saya berharap dan percaya cuti Krismas ini, akan menjadi jauh lebih baik dari yang sebelumnya.”

Penduduk mesti mengambil ujian sendiri sebelum berjumpa dengan saudara-mara yang mudah terdedah, amarannya, sambil menggalakkan mereka menikmati Krismas bersama keluarga dengan meriah.

Jika balutan kertas lebih besar dari tahun lalu dengan kehadiran ramai ahli keluarga, ia adalah kerana kempen vaksinasi, ujarnya.

Populariti Johnson tergugat dengan laporan parti Downing Street dan jabatan kerajaan lain semasa tempoh sekatan perjalanan, dan partinya kalah dalam pilihan raya kecil dari kedudukan yang selamat bulan ini.

Selain itu, ahli partinya juga telah menentang langkah-langkah COVID-19, terutamanya menunjukkan pas mandatori vaksin COVID-19 untuk memasuki tempat sesak seperti kelab malam, dilihat sebagai melanggar kebebasan peribadi. – AFP