PMB beriga peranan kerajaan kepada masyarakat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Jabatan Penerangan melalui cawangan Penerangan Daerah Belait telah mengadakan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Pandan ‘B’, Mukim Kuala Belait yang disertai oleh 34 orang, bermula kelmarin.

Majlis pembukaan program diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait, Daerah Belait di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput.

Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya selaku pengerusi PMB bagi Kampung Pandan ‘B’.

Selepas majlis pembukaan, program diisikan dengan sesi-sesi taklimat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, yang disampaikan oleh wakil Bahagian Penguatkuasaan Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai ‘Kefahaman Ajaran Sesat dan Cara Menghindarinya’; Jabatan Adat Istiadat Negara mengenai ‘Terasul dan Bahasa Pengganti Diri (Bahasa Dalam)’ oleh Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, program bertujuan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui sesi taklimat, dialog dan lawatan, agar masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi dapat memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya dalam mencapai Wawasan 2035.

Selain itu, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat dan lawatan serta mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

Salah seorang pegawai ketika memberikan penerangan semasa taklimat tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.