Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    PnB Rock ditembak mati di restoran, perompak kesan lokasi melalui perkongsian IG

    Penyanyi rap, PnB Rock ditembak mati oleh seorang perompak di sebuah restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa lalu mengejutkan ramai pihak.

    Menurut laporan polis, semasa kejadian Rock atau nama sebenarnya Rakim Hasheem Allen, 31, berada di restoran berkenaan bersama seorang sahabatnya.

    Dipercayai perompak berkenaan mengetahui lokasi Rock berdasarkan satu perkongsian di Instagram.

    Malah, penjenayah itu juga sudah merancang untuk merompak barangan kemas yang dipakai penyanyi itu.

    “Rakim Allen berada di sana bersama seorang teman secara tiba-tiba diserang oleh perompak ketika dia sedang menikmati makanannya.

    “Dia ditembak dan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan barangan kemas yang dimiliki.

    “Siasatan masih dijalankan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat membantu menyelesaikan kes ini,” kata wakil polis seperti yang dipetik dari CNN.

    Perompak berkenaan dikatakan melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang sudah menunggu di luar restoran namun arah laluannya gagal di kesan. – Agensi

    Penyanyi rap, PnB Rock ditembak mati oleh seorang perompak di sebuah restoran di Los Angeles. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...