P&O Ferries berhentikan 1,100 pekerjaan

LONDON, 12 MEI – Syarikat pengangkutan feri, P&O Ferries, kelmarin berkata mereka akan memberhentikan kira-kira 1,100 orang kakitangannya untuk mengimbangi kestabilan syarikat akibat pandemik koronavirus.

Jurucakap bagi firma tersebut, yang berpangkalan di pelabuhan Selat Inggeris Dover dan pengendali feri Eropah yang terkemuka, berkata: “Sejak permulaan krisis, P&O Ferries telah bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengatasi impak kerugian perniagaan penumpang.

“Ia adalah jelas bahawa ukuran perniagaan yang betul adalah diperlukan untuk mewujudkan ketahanan daya maju dan kemapanan P&O Ferries untuk mengharungi COVID-19.

“Malangnya, oleh sebab itu, disebabkan oleh jumlah kapal yang kami kendalikan dan kemerosotan perniagaan, kami memulakan proses perundingan dengan cadangan untuk memberhentikan kira-kira 1,100 rakan sekerja kami.” – AFP