NEWCASTLE, United Kingdom, 12 Ogos – Mauricio Pochettino memberi penghormatan kepada bintang-bintang Piala Dunia yang kembali setelah Tottenham bermula dengan kuat bagi musim Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 di Newcastle.
Pochettino memulakan lima pemain yang beraksi dalam separuh akhir di Rusia bulan lalu dan mereka yang meneruskan latihan kurang dari seminggu yang lalu.
Pertaruhan tersebut berhasil ketika tandukan separuh masa pertama daripada dua pemain terbabit iaitu pemain pertahanan dari Belgium, Jan Vertonghen dan pemain tengah England, Dele Alli menyelamatkan mata di St James Park, semalam.
Bos Tottenham, Pochettino menegaskan dia tidak teragak-agak untuk meletakkan nama-nama besar pemainnya dalam skuadnya itu pada masa yang singkat.
“Untuk lebih adil, kesemua pemain kembali dengan kedudukan yang bagus dan kami mempunyai beberapa permainan yang cemerlang daripada mereka yang beraksi pada Piala Dunia,” katanya.

“Mereka menunjukkan profesionalisme dan komitmen kepada kelab.”
Harry Kane adalah antara mereka yang kembali beraksi selepas memendekkan pra musim dan kapten pasukan England itu difahamkan kekurangan ketajaman berikutan kemenangannya bagi Kasut Emas.
Pemain penyerang itu tidak menjaringkan gol dalam kepulangannya untuk melihat penantiannya bagi jaringan dalam Liga Perdana pada Ogos yang dilanjutkan kepada hampir 1,000 minit, persaingan tandus dalam 14 perlawanan.
“Saya rasa dia berada dalam rentak yang bagus, tetapi sudah tentu, dia tidak menjaringkan tiga gol setiap kali dia keluar beraksi,” tegas Pochettino.
Dia menambah: “Ia selalu sukar datang ke tempat seperti ini pada hari pembukaan musim ini untuk beraksi menentang pesaing yang sukar, jadi keputusan itu menjadikan saya bangga terhadap para pemain. – AFP