Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Pochettino diupah Chelsea, ketuai pembinaan semula kelab

    ENGLAND, 30 MEI – Chelsea mengupah Mauricio Pochettino sebagai pengurus, kelmarin, menugaskan jurulatih Argentina itu untuk mendapatkan yang terbaik daripada skuad yang sangat mahal namun berprestasi rendah di permulaan era baharu untuk kelab Inggeris tersebut.

    Pochettino akan memegang jawatan itu pada 1 Julai, kata Chelsea, selepas bersetuju dengan kontrak dua tahun, dengan kelab itu mempunyai pilihan untuk mengekalkannya selama setahun lagi.

    Ia adalah peranan jurulatih pertama Pochettino sejak meninggalkan Paris Saint-Germain pada Julai tahun lalu dan menandakan kepulangannya ke Liga Perdana, di mana beliau menjalani tempoh yang mengagumkan selama lima tahun setengah bersama Tottenham termasuk membawa Tottenham ke final Liga Juara-Juara. – AP

    Chelsea telah mengambil Mauricio Pochettino sebagai pengurus dengan perjanjian dua tahun dengan pilihan setahun lagi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...