Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pochettino harap keajaiban

    EINDHOVEN, Belanda, 25 Okt – Mauricio Pochettino menyatakan Tottenham Hotspur memerlukan sedikit keajaiban untuk melepasi peringkat kumpulan selepas harapan gergasi Liga Perdana itu dalam persaingan Liga Juara-Juara terjejas dengan keputusan seri 2-2 di gelanggang luar menentang PSV Eindhoven semalam.

    Tanpa mengutip sebarang mata dari dua perlawanan pembukaan Kumpulan B, ini adalah penting bagi Spurs dan PSV di Philips Stadion.

    Spurs yang dominan dilihat mengutip mata selepas pemain penyerang England, Harry Kane menjaringkan gol menerusi tandukan yang menewaskan Jeroen Zoet untuk memberikan pendahuluan pasukan pelawat pada minit ke-55 setelah menyaksikan Lucas Moura menyamakan kedudukan jaringan pembukaan Hirving Lozano minit ke-30 bagi PSV beberapa minit sebelum rehat.

    Tetapi apabila Lozano mengancam untuk mendapatkan hantaran pada minit ke-78, penjaga gol Spurs, Hugo Lloris keluar dari garisan gawang dan menjatuhkan pemain sayap Mexico dengan lututnya.

    Pemenang Piala Dunia Perancis itu serta-merta dilayangkan kad merah, dengan pengurus pasukan Spurs, Mauricio Pochettino mengeluarkan Heung-Min Son untuk memasukkan penjaga gol pilihan kedua, Michel Vorm.

    Tugas pertama Vorm adalah mengeluarkan sepakan bebas, yang hanya tepat kepada De Jong yang menyudahkan bola liar yang menewaskannya ketika perlawanan hanya berbaki tiga minit.

    Ia menyaksikan Spurs terikat dengan PSV satu mata dalam Kumpulan B, lima mata di belakang Barcelona dan Inter Milan, yang beraksi lewat semalam.

    “Pada akhirnya perlawanan berkesudahan seri dan (meletakkan kami) dengan kemungkinan untuk pergi ke peringkat Liga Juara-Juara seterusnya,” Pochettino memberitahu BT Sport.

    “Kita akan melihat apa yang berlaku sekarang dengan Barcelona dan Inter Milan. Satu mata selepas tiga perlawanan – ia adalah sukar.” – AFP

    Reaksi Pochettino ketika menyaksikan perlawanan antara PSV Enidhoven dan Tottenham Hotspur diStadium Philips di Eindhoven, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda