Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pochettino mengaku silap

    LONDON, 1 Mei – Mauricio Pochettino mengakui kekalahan Tottenham kepada Ajax pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi berpunca daripada kesilapannya.

    Ajax menghampiri pentas final Liga Juara-Juara pertama dalam tempoh 23 tahun apabila menang 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur dengan gol tunggal dijaringkan Donny van de Beek di awal permainan.

    Van de Beek meledak gol seawal minit ke-15 susulan dominasi yang ditampilkan pelawat pada separuh masa pertama dengan Spurs jelas terasa kehilangan dua penyerangnya, Harry Kane dan Son Heung-min.

    Skuad Pochettino cuba bangkit tetapi mereka dipalit satu lagi masalah kecederaan apabila terpaksa mengeluarkan Jan Vertonghen berikutan kecederaan kepala dan terus gagal mencari inspirasi yang diharapkan.

    “Dengan melihatnya sudah tentu saya boleh menerima yang ia adalah kesilapan taktikal yang kami gunakan,” kata Pochettino. “Tetapi kami tidak mempunyai begitu banyak pilihan.

    “Saya tidak gembira, tetapi kekurangan tenaga sejak awal membuatkan perlawanan tambah sukar. Kami agak cuai.”

    Pelawat dalam pada itu menunjukkan mereka tidak gentar sekali pun dibarisi ramai pemain muda yang sebelum ini berjaya mengejutkan Real dan Juventus sebelum mara ke peringkat empat terbaik.

    “Cara kami melepaskan gol amat menyakitkan, saya fikir tindak balas kami amat buruk,” kata Pochettino. “Mereka menunjukkan lebih bertenaga berbanding kami, tetapi saya fikir selepas 30 minit is sudah seimbang.”

    Selain kehilangan Kane dan Son, Spurs turut terpaksa menampung ketiadaan Erik Lamela dan Harry Winks akibat kecederaan tetapi ketiadaan dua penyerang utamanya itu jelas paling terasa apabila mereka hanya melakukan satu cubaan ke gawang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda