Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Podoroska lakar sejarah di Roland Garros

    PARIS, 6 OKT – Nadia Podoroska dari Argentina menjadi pemain wanita pertama yang mara ke separuh akhir di Terbuka Perancis, Roland Garros hari ini setelah berjaya mengalahkan pilihan Elina Svitolina 6-2, 6-4.

    Pemain nombor 131 dunia Podoroska itu tidak pernah memenangi pertandingan utama di Grand Slam sebelum kejohanan dan merupakan wanita Argentina pertama yang meraih tempat di empat terakhir sejak Paola Suarez di Paris pada tahun 2004. Podoroska yang berusia 23 tahun akan bermain mementang pemain remaja Poland, Iga Swiatek atau pemain kelayakan Itali, Martina Trevisan untuk mendapat tempat di perlawanan akhir Sabtu ini.

    “Agak sukar untuk saya bercakap sekarang selepas perlawanan ini,” kata Podoroska, yang hanya pernah membuat penampilan Grand Slam sebelum ini di Terbuka AS pada 2016.

    “Kami melakukan pekerjaan yang sangat baik dengan jurulatih saya semasa kuarantin COVID-19. Saya telah banyak berlatih dengan semua pasukan saya. Itulah sebabnya saya berada di sini hari ini.”

    Ini adalah pertama kali Podoroska berhadapan dengan pemain nombor 20 teratas dunia, setelah memulakan tahun ini di kedudukan 255 yang sangat rendah. Svitolina mengalami kekalahan suku akhir ketiga dalam banyak percubaan di Roland Garros, yang juga tewas pada peringkat ini pada tahun 2015 dan 2017.

    Pemain Ukraine itu hanya memperoleh lapan kemenangan, jumlah yang sama dengan dia tewas, ketika dia mengalami kekalahan terburuknya di kejohanan utama. – AFP

    Reaksi Nadia Podoroska dari Argentina ketika meraikan kemenangan menentang pemain Ukraine, Elina Svitolina semasa perlawanan tenis suku akhir perseorangan wanita Terbuka Perancis The Roland Garros 2020 di Paris semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda