Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poels juara peringkat kedua Jelajah Ruta del Sol

    MADRID, 16 Feb – Penunggang basikal dari Belanda, Wout Poels, rakan sepasukan Chris Froome dari Pasukan Sky telah menjuarai peringkat kedua dalam siri perlumbaan Jelajah Ruta del Sol yang diadakan di selatan Sepanyol semalam dengan mendahului perlumbaan keseluruhan yang diadakan selama lima hari.

    Poels berjaya menjadi orang pertama yang menamatkan garisan penamat perlumbaan sejauh 140 kilometer dari Otura ke luar Jaen di Andalusia, menang dengan jarak dua saat dari pelumba Sepanyol Luis Leon Sanchez dan Tim Wellens dari Belgium.

    Juara empat kali dalam siri perlumbaan Tour de France, Froome menduduki tempat ketujuh dengan jarak 27 saat di belakang rakan sepasukannya.

    Dua tahun yang lalu, Poels merupakan pelumba utama yang menyokong Froome ketika perlumbaan dan gerak-gerinya membuatkan ramai pemerhati menilanya sebagai pemimpin pasukan yang berpotensi yang boleh mencabar kemenangannya sendiri.

    Froome membuat kemunculan pertamanya sejak ketidaknormalan ujian dopingnya didedahkan Disember lalu bagi perlumbaan yang dijuarainya di Vuelta a Espana tahun lalu.

    Penunggang berusia 32 tahun itu berhak untuk menyertai perlumbaan kerana ubat salbutamol yang muncul dalam ujian doping merupakan ubat anti-asma yang sah digunakan dan tidak membawanya kepada pengharaman secara automatik untuk menyertai mana-mana perlumbaan.

    Kesatuan Penunggang Basikal Antarabangsa (UCI) telah meminta Froome untuk menjelaskan mengapa dia menggunakan ubat itu dua kali ganda daripada yang dibenarkan ketika ujian doping dijalankan, namun sehingga sekarang mereka belum menyelesaikan kes itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda