Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Poer Sucan dan Ruman dilancar di Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Berjaya Sdn Bhd, pengedar kereta jenama Haval dan Poer keluaran GWM telah melancarkan dua buah pikap siri P untuk pasaran Brunei iaitu Poer Sucan dan Ruman, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelancaran secara maya ialah Pengarah Urusan Berjaya, Pengiran Irwan bin Pengiran Haji Salleh AB Rahaman dan Ketua Jualan Berjaya, Kelly Chin. Dengan matlamat untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, siri Poer itu menawarkan dua gaya luaran yang berbeza.

    Kedua-duanya tampil dengan reka bentuk gril yang besar dengan kesan visual yang hebat, menambahkan aura kekuatan pada kenderaan berkenaan.

    Poer Sucan tampil lebih sporty, digandingkan dengan LED berbentuk L dan gril mesh silang, malah didatangkan dengan logo Poer matte, agresif dan dibina untuk gaya hidup mencabar.

    Manakala itu, Poer Ruman direka khusus untuk keluarga, gaya hidup dengan campuran off-road. Model ini mempunyai DRL berbentuk C dan lampu depan jewel, dengan lampu isyarat yang bergerak mengalir.

    POER Ruman juga tersedia dengan kluster instrumental 7 inci berwarna, dengan penyesuaian luas papan pemuka. Port USB yang menyala, akses mudah pada waktu malam dan banyak sistem pintar lain.

    Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Berjaya di Beribi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Pengiran Irwan dan Kelly Chin bersama Poer Ruman yang dilancarkan pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda