Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogacar pelumba sukar ditewaskan?

    MILAN, 18 MAC – Tadej Pogacar sekali menjadi pelumba untuk ditewaskan ketika kumpulan peloton memecut ke Milan-San Remo tertanya-tanya sama ada sesiapa yang boleh merampas putera mahkota lumba basikal.

    Perlumbaan pertama ‘Monument’ pada musim ini memberikan latar belakang mewah di Riviera Itali di mana juara Tour de France dua kali itu dijangka sekali lagi menunjukkan kenapa dia merupakan pelumba paling sempurna dalam sukan.

    Berupaya menang dalam hampir kesemua permukaan, pelumba berusia 23 tahun itu telah pun mengumpul tiga kemenangan utama pada musim ini, dengan dua diperoleh di Itali.

    Milan-San Remo terkenal sebagai pemecut klasik tetapi kemenangan menakjubkan Pogacar di Strade Bianche menekankan bagaimana dia mampu merancang dan melaksanakannya sebelum perlumbaan 293 kilometer berakhir.

    Berhempas-pulas dengan baki 50 kilometer di Tuscany, Pogacar bersaing dengan kumpulan pelumba yang hebat termasuk juara dunia Julian Alaphilippe, dan menyusuli perlumbaan pada hujung minggu lalu dengan memenangi Tirreno-Adriatico sementara meraih dua peringkat dalam proses itu.

    Cara dia menawan peringkat keenam pada Sabtu mendorong pemerhati tertanya-tanya sama ada dia tidak dapat ditewaskan dalam keadaannya sekarang, idea yang diketepikan oleh Pogacar.

    “Saya tidak pernah terfikir saya tidak dapat ditewaskan, walapun apabila saya memenangi tempat pertama. Saya sentiasa memikirkan seseorang boleh kembali dan menyerang. Saya sentiasa bersikap hati-hati. Saya tidak pernah memandang rendah pada sesiapa,” katanya. – AFP

    Tadej Pogacar meraikan kemenangan perlumbaan basikal Tirreno Adriatico dengan Trofi ‘Sea Monster’ di Benedetto del Tronto, rantau Marche pada 13 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda