Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Pogba digantung sementara akibat doping

    ROM, 12 SEPT – Pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba telah digantung sementara selepas ujian doping mendapati tahap testosteron meningkat, kata pihak berkuasa anti-doping Itali (Nado) kepada AFP, kelmarin.

    Selepas musim ngeri yang penuh dengan kecederaan dan skandal pemerasan, impian pemain berusia 30 tahun itu untuk bangkit semula hancur akibat tuduhan pelanggaran doping selepas kemenangan 3-0 Juventus di Udinese pada 20 Ogos, di mana dia menjadi pemain gantian yang tidak digunakan.

    Kelmarin, juara dunia 2018 itu memberitahu penyiar Qatar, Al Jazeera tentang keinginannya untuk bermain selepas tahun sukar yang mungkin memusnahkannya. Sebaliknya dia menerima masalah baru.

    Nado mengatakan bahawa Pogba telah melanggar peraturan anti-doping apabila mereka menemui bahan terlarang iaitu ‘metabolit testosteron bukan endogen’.

    Juventus berkata dalam satu kenyataan bahawa Pogba telah ‘menerima penggantungan sementara’.

    “Kelab berhak untuk mempertimbangkan langkah prosedur seterusnya,” tambah kenyataan itu.

    Ujian itu melibatkan sampel A, dan jika sampel B juga diuji positif untuk testosteron, Pogba boleh menghadapi hukuman larangan bermain selama empat tahun.

    Pogba menyertai semula Juventus pada Julai 2022 dari Manchester United.

    Dari 2012 hingga 2016 dia telah membantu Juve memenangi empat kejuaraan Serie A dan dua Piala Itali, dan mara ke final Liga Juara-Juara pada 2015. – AFP

    Aksi Paul Pogba semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali di Stadium Allianz, di Turin, Itali pada 27 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...