Pogba tarik diri akibat kecederaan

PARIS, 9 NOV – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba telah diketepikan daripada perlawanan kelayakan Piala Dunia Perancis yang akan datang kerana kecederaan paha yang dialami semasa sesi latihan kelmarin, kata persekutuan bola sepak Perancis.

Pemain berusia 28 tahun itu kelihatan terkial-kial keluar dari latihan di pangkalan Clairefontaine Perancis selepas melakukan tendangan.

Pasukan United kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan beraksi seterusnya pada 20 November di Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

FFF berkata Pogba adalah “mangsa kecederaan pada quadriceps paha kanan”.

Perancis akan menjadi pasukan tuan rumah menentang Kazakhstan pada hari Sabtu, mengetahui kemenangan akan memastikan tempat ke Piala Dunia tahun depan, sebelum perlawanan terakhir Kumpulan D di Finland minggu depan.

Pemain tengah Roma, Jordan Veretout telah menggantikan Pogba dalam pasukan. – AFP

Reaksi pemain tengah Manchester United, Paul Pogba setelah mengalami kecederaan dalam sesi latihan kelmarin. – AFP