Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pokok Bonsai China hiasi kota raya Bangladesh

    DHAKA – Barisan pokok-pokok bonsai Cina telah ditanam baru-baru ini di sepanjang jalan utama di ibukota Bangladesh, Dhaka. Kini ia telah berkembang mekar dengan daun baru yang kehijauan, memberikan pemandangan ibu kota itu menjadi indah.

    Jalan-jalan utama Dhaka yang terletak di luar kawasan utama lapangan terbang negara itu iaitu Lapangan Terbang Hazrat Shahjalan, kini telah berwajah baru dengan penanaman pokok-pokok hiasan dan pembangunan lainnya yang sedang giat dilaksanakan di sepanjang laluan pejalan kaki baru-baru ini.

    Pokok bonsai Ficus telah menghiasi jalan Lapangan Terbang, salah satu jalan raya paling sibuk di bandar ini. Beribu-ribu orang melintasi laluan ini dan menikmati keindahan suasana baru tersebut, kerana bonsai dianggap sesuatu yang indah di negara ini, di mana para penduduk hanya melihat pokok-pokok bonsai bersaiz kecil sahaja sebelum ini.

    Bangladesh telah memperoleh pokok-pokok bonsai Ficus ini dari China di bawah projek pencantikan yang bernilai berbilion taka (unit mata wang Bangladesh), yang juga termasuk dalam zon permainan kanak-kanak dan tempat meletak kereta.

    Selain itu, terdapat zon menunggu moden serta gerai-gerai petak perkhidmatan, yang menyediakan perkhidmatan wi-fi, air minuman percuma, tandas awam dan ruangan ATM.

    Bangladesh telah memperoleh pokok-pokok bonsai Ficus ini dari China di bawah projek pencantikkan yang bernilai berbilion taka (unit mata wang Bangladesh).
    Bangladesh telah memperoleh pokok-pokok bonsai Ficus ini dari China di bawah projek pencantikkan yang bernilai berbilion taka (unit mata wang Bangladesh).
    Firma swasta Vinyl World Group di bawah pengawasan Jabatan Jalan Raya dan Lebuh Raya Bangladesh telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok bonsai Ficus ini.
    Firma swasta Vinyl World Group di bawah pengawasan Jabatan Jalan Raya dan Lebuh Raya Bangladesh telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok bonsai Ficus ini.

    Ia juga memiliki mesin layan diri bagi mendapatkan minuman dan makanan ringan, pengecasan telefon bimbit secara percuma, petak pertukaran wang, ruangan penyalinan dan penyusuan anak damit bagi ibu-ibu baru, peti polis dan juga tambahan jumlah mata bagi telefon-telefon bimbit.

    Seorang pelajar kolej, Nadia, berkata bahawa beliau tidak pernah melihat pokok bonsai seperti ini sebelum ini.

    “Ia memang hebat. Pokok ini seperti telah menyesuaikan diri dengan tempat ini,” katanya.

    Jalal Uddin Ahmed, seorang jurutera projek, berkata bahawa mereka telah menanam 100 pokok bonsai.

    “Kami merasa kagum untuk mengetahui sejarah bonsai ini.”

    Bonsai, yang bermaksud ‘penanaman dulang atau tray planting’, adalah sebuah bentuk seni Jepun, menggunakan sistem pertumbuhan pokok yang ditanam dalam bekas atau pasu yang berasal dari China seawal empat ribu tahun yang lalu.

    Pokok bonsai Ficus telah menghiasi jalan Lapangan Terbang, salah satu jalan raya tersibuk di bandar itu.
    Pokok bonsai Ficus telah menghiasi jalan Lapangan Terbang, salah satu jalan raya tersibuk di bandar itu.
    Bonsai dianggap suatu yang indah buat penduduk di negara ini.
    Bonsai dianggap suatu yang indah buat penduduk di negara ini.

    Pokok-pokok bonsai ini diimport dari China, kata Ahmed, sambil menambah bahawa “ia sangat-sangat dihargai di negara kami ini.”

    Firma swasta Vinyl World Group di bawah pengawasan Jabatan Jalan Raya dan Lebuh Raya Bangladesh telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok ini.

    Projek pemodenan ini yang bertujuan untuk menaik taraf lapangan terbang Dhaka, telah dilancarkan pada Februari tahun ini.

    Pemasangan tugu-tugu juga telah dilaksanakan yang menggambarkan peristiwa-peristiwa sejarah negara di Bangladesh. Terdapat juga ruang-ruang tumbuhan renek di kebanyakan jalan-jalan utama untuk mempamerkan kemajuan negara itu kepada pelancong-pelancong asing.

    Menteri Pengangkutan Jalanraya dan Jambatan Bangladesh, Obaidul Quader, secara rasmi melancarkan projek tersebut, dengan menyatakan bahawa jalan itu akan menjadi jalan contoh di negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda