Pokok buah naga di halaman rumah

Oleh Norizan Murshid

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Seorang penduduk di Kampung Kebia telah berjaya menanam pokok buah naga di halaman rumahnya.

Tay Kui Lian sebelum ini pernah menanam buah naga tetapi tidak berhasil kerana ditanam agak jauh dari saluran air.

Untuk tanaman kali ini, beliau yang juga pernah menanam pokok avokado merasa sangat teruja apabila mendapati pokok buah naga di halaman rumah telah berbunga.

Buah naga yang terkenal mempunyai banyak manfaatnya bagi kesihatan tubuh manusia, yang berasal daripada satu jenis tumbuhan kaktus adalah cukup unik.

Sebelum menjadi buah, bunga buah naga akan mula mengembang pada petang hari hingga ke waktu malam dan akan layu ketika terkena sinaran matahari.

Kerana kecantikan bunganya, ia sering kali digelar sebagai moonflower atau Queen of the night.

Bunga buah naga mula mengembang pada waktu petang hingga waktu malam dan seringkali digelar moonflower atau Queen of the night.
Buah naga berasal daripada jenis tumbuhan kaktus.