Pokok epal dilindungi guna kaedah pembekuan

PALAZZETTA, ITALI, 8 APRIL – Epal-epal di kebun La Palazzetta bersinar bak berlian setelah dipanah matahari musim bunga, sengaja diliputi dengan ais untuk melindunginya daripada fros.

“Malam semalam kami menyelamatkan 5,000 tan epal menggunakan kaedah ini’ di seluruh lembah Valtellina di utara Itali, kata Jacopo Fontaneto, persatuan pertanian Coldiretti cawangan tempatan.

Sekilas pandang ia berbeza dengan apa yang dijangkakan dengan membekukan tanaman bagi melindunginya daripada menghadapi suhu jatuh mendadak, yang telah dirasakan di seluruh Itali dan Eropah minggu ini. “Ia mudah – kami menggunakan sistem pengairan ada untuk menyiram tanaman itu bila suhu jatuh paras sifar. Ais itu kemudian bertukar bentuk memberi insulasi termal,” kata Fontaneto kepada AFP.

“Ia membolehkan bunga untuk bertahan pada suhu itu, sebaliknya jatuh semasa waktu malam kepada -3 atau -4 darjah Celsius, yang berlaku pada waktu malam, yang boleh merosakkannya.” – AFP

Pemilik ladang, Giampiero Menghina memeriksa pokok epal mekar yang diliputi dengan ais di kebun La Palazzetta, Milan pada 8 April. – AFP