Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pokok getah tumbang ke jalan raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas untuk memotong dan mengalihkan sepohon pokok getah yang tumbang dan menghalang separuh laluan jalan raya utama di Jalan Labu, Daerah Temburong pada tengah hari, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lima orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 61 Jeludin bin Haji Hamdan dikerahkan ke lokasi pada pukul 12:23 tengah hari.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok menggunakan dua gergaji rantai dan mengalihkan pokok sepanjang 20 meter dengan garis pusat 25 sentimeter.

    Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan mengambil masa 10 minit di mana tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang di Jalan Labu, Temburong. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...