Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pokok mangga halang jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Sepohon pokok mangga berukuran kira-kira 10 meter telah tumbang dan menghalang sepenuhnya jalan raya menuju kawasan Kampung Kasat, hari ini.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak pantas memotong pokok dengan garis pusat berukuran kira-kira 30cm itu menggunakan gergaji rantai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, tujuh orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 560 Haji Ali bin Haji Mohd Noor telah dikerahkan ke lokasi pada pukul 10:45 pagi.

    Kenyataan menyatakan tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    JBP menyarankan kepada orang ramai untuk memastikan pokok yang ditanam sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal, jangan meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini, mengelak daripada menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    Orang ramai turut disarankan bahawa jika berlaku sebarang insiden, mereka boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan untuk memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang menghalang jalan dalam insiden pokok tumbang di jalan menuju Kampung Kasat, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...