Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pokok terbakar di Tanah Perkuburan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran pokok daripada merebak di Tanah Perkuburan Islam Meriong, Kampung Labu Estate, Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Lain Anak Asun bersama enam orang anggota dikejarkan ke insiden kebakaran pokok di Tanah Perkuburan Islam Meriong, Kampung Labu Estate, pada pukul 10:41 malam.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila tiba di tempat kejadian anggota bomba dan penyelamat mendapati sebatang pokok telah terbakar dan bertindak memadamkan kebakaran daripada merebak di kawasan belukar yang berhampiran.

    JBP menyarankan orang ramai memastikan sekurang-kurangnya 50 meter jarak keselamatan kebakaran (Fire break) rumah dari pokok atau hutan demi keselamatan, jangan membuat pembakaran terbuka serta orang ramai juga adalah disarankan untuk membantu memadam kebakaran hutan atau rumput yang kecil tanpa membahayakan diri sendiri.

    Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat semasa berusaha untuk memadamkan kebakaran pokok daripada merebak di Tanah Perkuburan Islam Meriong, Kampung Labu Estate, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...