Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang atas atap dapur

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Sepohon pokok asam berukuran kira-kira 23 meter dan garis pusat 15 sentimeter telah tumbang dan rebah ke sebahagian atap dapur sebuah rumah di Kampung Belingus, Temburong, pada 20 Ogos lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 11 orang anggota serta dua buah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 765 Ramzul Asrin bin Ramly dikerahkan ke lokasi pada pukul 10:25 pagi.

    Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 3 jam untuk memotong dan mengalihkan pokok berkenaan dengan menggunakan tiga gergaji rantai dan
    tirfor di mana tidak ada kecederaan serta kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    Dalam kenyataan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk memastikan pokok yang ditanam sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal, jangan meletakkan kereta berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini, mengelak daripada menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang ke sebahagian atap dapur sebuah rumah di Kampung Belingus, Temburong pada 20 Ogos lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...