Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang jalan raya utama

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Sepohon pokok mambangan berukuran 30 meter tumbang di atas jalan dan menghalang laluan di Jalan Kampung Puni, Temburong pada 8 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lima orang anggota bomba dan penyelamat berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 61 Jeludin bin Haji Hamdan dikejarkan ke tempat kejadian di hadapan Masjid Kampung Puni pada pukul 5:47 petang.

    Turut hadir ialah Stesen Komander Balai Bomba Bangar, Pemangku ASFR Jamaludin bin Ahmad.

    Kenyataan menyatakan bahawa pokok buah yang tumbang berkenaan telah menghalang keseluruhan jalan raya utama.

    Anggota bomba dan penyelamat dengan bantuan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit memotong dan mengalihkan pokok
    berkenaan.

    Kenyataan menyatakan, anggota JBP sentiasa bersiap sedia untuk menangani sebarang insiden kebakaran dan kecemasan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.

    Pokok mambangan berukuran 30 meter tumbang di atas jalan raya dan menghalang laluan di Jalan Kampung Puni, Temburong baru-baru ini dan anggota bomba dengan bantuan kontraktor Jabatan Kerja Raya mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit memotong dan mengalihkan pokok tersebut. –Gambar serahan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
    Pokok membangan berukuran 30 meter yang tumbang di atas jalan telah menghalang laluan utama Jalan Kampung Puni Temburong pada 8 April lalu. – Gambar serahan JBP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...