Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang laluan

    Oleh Sim Y. H.

    TEMBURONG, 4 APRIL – Sepohon pokok membangan berukuran 10 meter tumbang di atas jalan dan menghalang laluan di Kampung Selangan Jalan Batang Duri, Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, lima orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie yang diketuai oleh ABKS 335 Roslan bin Haji Moksin dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8:56 pagi.

    Turut hadir ialah Stesen Komander Balai Bomba Rataie, Pemangku DSO Adanan bin Salat.
    Menurut kenyataan itu, apabila anggota bomba sampai di tempat kejadian, mereka mendapati sepohon pokok membangan telah tumbang merebahi jalan masuk rumah.

    Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam memotong dan mengalihkan pokok berkenaan.

    JBP menyarankan supaya menggelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan, pokok yang ditanam mesti sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal serta tidak meletakkan kereta mereka berdekatan dengan pokok-pokok besar ditakuti perkara tidak diingini daripada berlaku.

    Orang ramai turut disarankan bahawa jika berlaku sebarang insiden, mereka boleh menghubungi talian kecemasan 995 dan untuk memberikan maklumat yang
    tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang merebahi ke atas jalan masuk rumah di Kampung Selangan, Jalan Batang Duri. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...