Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang halang sebahagian jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Sepohon pokok kulimpapa berukuran kira-kira 10 meter panjang dengan garis pusat kira-kira 11cm telah tumbang dan menghalang sebahagian jalan di kawasan Jalan Tarap Bau, Kampung Setia B, petang 20 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, empat orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 579 Yusof bin Haji Ahmad telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 5:38 petang.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji rantai. Dalam kejadian berkenaan, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai supaya sentiasa menjaga, mengawasi dan memotong polok-pokok yang ditanam sebelum keadaan menjadi tidak terkawal serta mengelak menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    Orang ramai juga disarankan supaya jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memotong pokok yang tumbang dan menghalang sebahagian jalan dalam kejadian di kawasan Jalan Tarap Bau, Kampung Setia B pada petang, 20 Mac lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...