Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Pokok tumbang jejas laluan jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Sepohon pokok Kulimpapa berukuran 5 meter panjang tumbang dan menjejaskan laluan jalan dalam kejadian panggilan tanah susur di Jalan Kecil Batu Apoi, Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini, enam orang anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ABKS 136 Mohd Asri bin Bakri Haji Yussof menghadiri panggilan tersebut pada pukul 8:47 malam.

    Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Haji Afiq bin Haji Julah, Pemangku Timbalan Operasi G/Stesen Komander Balai Bomba Bangar, Pemangku ASFR Jamaludin bin Ahmad serta kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mendapati tanah susur melibatkan sepohon pokok Kulimpapa telah tumbang dan menghalang laluan jalan tersebut. Sebagai langkah-langkah keselamatan, anggota JBP bertindak memotong pokok tersebut dan menutup jalan yang terjejas.

    Anggota bomba memotong pokok tumbang yang menjejaskan jalan di Jalan Kecil Kampung Batu Apoi, Temburong. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...