Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Poland bina tembok di Kaliningrad

    WARSAW, POLAND, 2 NOV – Menteri pertahanan Poland hari ini berkata dia telah mengarahkan pembinaan tembok di sepanjang sempadan dengan eksklaf Rusia di Kaliningrad.

    Tindakan itu dibuat ketika Warsaw mengesyaki bahawa Rusia merancang untuk memudahkan penyeberangan sempadan pendatang haram Asia dan Afrika.

    Menteri Pertahanan, Mariusz Blas-zczak berkata sempadan itu perlu dimeterai agar Poland berasa selamat.

    Beliau berkata telah membenarkan pembinaan penghadang sementara di sepanjang sempadan 210 kilometer (130 batu).

    Kerja-kerja itu bermula hari ini dengan askar Poland yang pakar dalam menghapuskan periuk api memulakan persiapan. Ia dijangka siap pada penghujung 2023.

    Gambar fail menunjukkan pengunjung melawat kawasan tempat pertemuan sempadan Poland, Lithuania dan Wilayah Kaliningrad Rusia, di Zerdziny, Poland. – AP

    Blaszczak berkata keputusan baru-baru ini oleh pihak berkuasa penerbangan Rusia untuk melancarkan penerbangan dari Timur Tengah dan Afrika Utara ke Kaliningrad menyebabkan beliau mengambil tindakan yang akan mengukuhkan keselamatan ‘dengan menutup sempadan ini’.

    Jurucakap agensi Pengawal Sempadan, Konrad Szwed, memberitahu The Associated Press bahawa tembok itu terdiri daripada pagar elektrik.

    Pada masa ini tiada halangan di sepanjang sempadan, tetapi rondaan kerap dilakukan oleh pengawal sempadan, katanya.

    Sempadan Poland dengan Belarus menjadi kawasan krisis penghijrahan terbesar tahun lalu, dengan sejumlah besar orang menyeberang secara haram. Poland mendirikan tembok keluli di sempadan dengan Belarus yang siap pada bulan Jun.

    Pemimpin Poland dan Kesatuan Eropah (EU) yang lain menuduh kerajaan Belarus yang bersekutu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai mendalangi penghijrahan untuk mewujudkan huru-hara dan perpecahan dalam EU. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...