Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Poland jinakkan Arab Saudi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Setelah melakar kejutan besar memenangi perlawanan menentang Argentina pada aksi pembukaan Kumpulan C beberapa hari yang lepas, pasukan Arab Saudi terpaksa akur tewas di tangan Poland semalam dengan keputusan akhir 2-0.

    Walau bagaimanapun, kemenangan Poland bukanlah suatu yang mudah melainkan dibantu dengan kehandalan penyerangnya yang juga merupakan pemain kelab Barcelona, Robert Lewandowski.

    Gol pertama Poland merupakan hasil daripada hantaran Lewandowski yang disempurnakan oleh Piotr Zielinski pada minit ke-39. Tersentak dengan gol itu, pasukan Arab Saudi yang menduduki ranking ke-51 dunia cuba untuk menyamakan kedudukan dengan melakukan beberapa sepakan ke pintu gawang Poland sehinggalah berjaya memperoleh sepakan penalti pada minit ke-44.

    Namun sepakan penalti yang diambil oleh Salem Aldawsari berjaya ditepis oleh penjaga gol Poland, Wojciech Szczęsny sekali gus mengekalkan rekod tanpa bolos Poland dalam dua perlawanan Piala Dunia 2022 setakat ini.

    Serangan bertubi-tubi pasukan Arab Saudi pada separuh masa kedua perlawanan telah dibalas dengan jaringan Lewandowski pada minit ke-82 akibat kecuaian pemain pertahanan Arab Saudi yang leka sekali gus menambah derita pasukannya.

    Dengan kemenangan tersebut, Poland ketika ini berjaya menduduki kedudukan teratas kumpulan C dengan empat mata diikuti dengan Argentina dan Arab Saudi dengan tiga mata namun berbeza dari jumlah jaringan.

    Aksi penyerang Poland, Robert Lewandowski (kiri) bersaing dengan pemain Arab Saudi, Mohamed Kanno semasa aksi Kumpulan C, Piala Dunia 2022, di Stadium Education City, Al Rayyan, Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...